Arkeopelancongan di Lembah Bujang: isu, dilema dan cabaran
Kertas kerja ini membincangkan senario arkeopelancongan di Lembah Bujang dari segi isu, dilema dan cabaran semasa yang di hadapi. Kajian ini melibatkan responden sebanyak 150 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan dengan menggunakan kaedah soal selidik melalui borang soal selidik sebagai ins...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13468/1/167-243-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13468/ http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/27 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini membincangkan senario arkeopelancongan di Lembah Bujang dari segi isu, dilema dan cabaran semasa yang di hadapi. Kajian ini melibatkan responden sebanyak 150 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan dengan menggunakan kaedah soal selidik melalui borang soal selidik sebagai instrument kajian. Oleh itu, bagi kajian ini pendekatan secara kuantitatif digunakan. Persoalan ini timbul apabila kebanyakan tapak arkeologi yang berada di sekitar Lembah Bujang tidak dapat dibangunkan sebagai kawasan arkeopelancongan negara sekaligus menjadikan Lembah Bujang sebagai kawasan hanya untuk lawatan singkat rakyat tempatan sahaja. Keadaan ini haruslah dipulihara dengan melibatkan kerja-kerja seperti pengekalan, pengembalian semula, pemuliharaan dan penjagaan ke atas tapak arkeologi di Lembah Bujang. Hal ini bertujuan untuk memastikan tapak warisan arkeologi Lembah Bujang dipulihara dan bebas daripada kerosakan jangka panjang. Tapak warisan yang terdiri daripada bangunan candi di sekitar Lembah Bujang melebihi ratusan tahun merupakan sesuatu yang unik dan harus dibanggakan kerana di situlah tercetusnya nilai sejarah sesuatu tamadun bangsa. Oleh itu, beberapa cadangan akan dibincangkan secara ringkas mengenai strategi yang di dikemukakan untuk menjadikan Lembah Bujang sebagai produk arkeopelancongan negara. |
---|