Pengaruh sosialisme demokratik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR): reformasi dan cabaran kepada ideologi alternatif di Malaysia

Artikel ini membahaskan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam konteks perjuangan reformasi dan program politik sebagai pakej tawaran alternatif menggantikan ideologi domain Barisan Nasional (BN). Zaman pasca Reformasi telah memperlihatkan pragmatisme PKR dalam menggabungkan ideologi sosialisme...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azizi Jaeh,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13358/1/21780-62681-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13358/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membahaskan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam konteks perjuangan reformasi dan program politik sebagai pakej tawaran alternatif menggantikan ideologi domain Barisan Nasional (BN). Zaman pasca Reformasi telah memperlihatkan pragmatisme PKR dalam menggabungkan ideologi sosialisme dan liberalisme untuk menggerakkan kebangkitan rakyat. Dengan menggunakan kerangka konsep ideologi dan falsafah sosialisme demokratik, penulisan ini akan membentangkan tiga bahagian utama: perdebatan spektrum kiri dan kanan, menganalisis perkaitan ideologi sosialisme demokratik dalam PKR serta cabaran PKR dalam memasarkan ideologinya. Berdasarkan analisis kajian perpustakaan, ideologi PKR menonjolkan keupayaan Anwar Ibrahim menyatukan intelektual kiri dan kanan ke dalam parti. Pengkaji meletakkan pemerhatian terhadap situasi ideologi yang semakin dinamik merangsang parti politik bergerak kepada aliran kiri sederhana dan penerimaan sebahagian elemen liberalisme. Secara tidak langsung, ia menggambarkan pendekatan jalan tengah (centrist) PKR dalam mengangkat nilai kesamarataan, keadilan sosial, kebebasan dan ketuanan rakyat. Namun begitu, kuantiti sokongan hanya terpusat di kalangan generasi pro-pembaharuan terus menyukarkan perubahan budaya politik alternatif di samping menandingi hegemoni politik Melayu UMNO, ideologi politik perkauman dan konservatisme.