Perubahan sosioekonomi komuniti orang Asli Jakun akibat Rancangan Penempatan Semula: satu kajian kes di RPS Runchang, Pahang
Masyarakat orang Asli merupakan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, dalam menentukan indeks Kesejahteraan Hidup Malaysia, indeks kesejahteraan orang Asli perlu dikira bersama. Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan hidup masyarakat orang Asli, Rancangan Penempatan Se...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13258/1/28088-89101-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13258/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat orang Asli merupakan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, dalam menentukan indeks Kesejahteraan Hidup Malaysia, indeks
kesejahteraan orang Asli perlu dikira bersama. Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan
hidup masyarakat orang Asli, Rancangan Penempatan Semula (RPS) telah memindahkan
mereka dari kawasan pendalaman ke kawasan pinggir bandar bermula pada Rancangan
Malaysia Keempat (1980-1985). Program ini telah menyusun dan membangunkan
pembangunan sosial dan ekonomi di penempatan orang Asli. Penempatan semula orang Asli
ini membawa perubahan dalam kehidupan mereka terutamanya aspek ekonomi, kesihatan dan
pendidikan. Pembangunan sosioekonomi ini menyebabkan berlakunya kemusnahan sumber
hutan yang sebelum ini menjadi kebergantungan hidup kepada komuniti orang Asli. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan sosial, ekonomi dan kesan RPS kepada
komuniti orang Asli Jakun di RPS Runchang, Pekan, Pahang. Bagi mencapai tujuan tersebut,
temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 11 informan untuk mengetahui perubahan
kehidupan yang dialami oleh penduduk di RPS Runchang. Analisis data kajian ini
menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi dalam aspek ekonomi, kesihatan dan
pendidikan setelah program penempatan semula dilaksanakan. Aspek kesihatan mengalami
perubahan secara menyeluruh berbanding dengan aspek ekonomi dan pendidikan.
Sehubungan itu, bersama-sama dengan aspek kesihatan, aspek sosioekonomi yang lain ini
perlu diberikan perhatian dalam proses pembangunan orang Asli di negara ini bagi
memastikan peningkatan dalam indeks Kesejahteraan Hidup masyarakat orang Asli dan
indeks kesejahteraan hidup Malaysia umumnya. |
---|