Status kesihatan fizikal dalam kalangan warga emas yang menghadiri Klinik Kesihatan Cheras, Malaysia
Kesihatan fizikal yang optimum adalah penting dalam mengekalkan kemandirian di kalangan warga emas. Terdapat maklumat yang terhad mengenai status kesihatan fizikal di kalangan warga emas yang hadir ke klinik kesihatan dalam populasi tempatan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesihatan fizikal...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12965/1/23987-77033-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12965/ http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesihatan fizikal yang optimum adalah penting dalam mengekalkan kemandirian di kalangan warga emas. Terdapat maklumat yang terhad mengenai status kesihatan fizikal di kalangan warga emas yang hadir ke klinik kesihatan dalam populasi tempatan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesihatan fizikal di kalangan warga emas yang hadir ke Klinik Kesihatan di Cheras, Malaysia. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di Klinik Kesihatan Cheras yang melibatkan seramai 106 orang peserta (umur purata 68 ± 6.3 tahun). Para peserta telah menjalani satu siri ujian fungsi fizikal. Keputusan kajian menunjukkan bahawa peratusan peserta yang berada di bawah julat normal bagi Ujian 30secs Chair Stand (kekuatan anggota bawah), Ujian Chair Sit and Reach (fleksibiliti anggota bawah), Ujian Back Scratch (fleksibiliti anggota atas), Ujian Timed Up and Go (TUG) (mobiliti berfungsi), Ujian Single Leg Stance (keseimbangan) dan Ujian 2 mins Walk (2MWT) (ketahanan aerobik) masing masing adalah 32%, 18%, 21%, 29%, 22% dan 78%. Keputusan ini menunjukkan bahawa kebanyakan warga emas yang hadir ke klinik kesihatan mempunyai fungsi fizikal yang tidak mencukupi dalam ketahanan aerobik. Para warga emas yang hadir ke klinik kesihatan harus digalakkan untuk menambahbaikkan status kesihatan fizikal mereka, terutamanya pada ketahanan aerobik, untuk mengoptimakan kemandirian fizikal mereka. |
---|