Peristiwa El Nino, keragaman hujan dan potensi Southern Oscillation Index untuk peramalan kualiti udara di Malaysia
Kejadian peristiwa El Nino mempengaruhi taburan hujan di Malaysia dan memberi impak terhadap kekurangan bekalan air untuk masyarakat umum serta kegiatan pertanian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kejadian El Nino dan hubungannya dengan hujan yang diterima serta kesan keadaan kering yang men...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12805/1/24277-76407-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12805/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejadian peristiwa El Nino mempengaruhi taburan hujan di Malaysia dan memberi impak terhadap kekurangan bekalan air untuk masyarakat umum serta kegiatan pertanian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kejadian El Nino dan hubungannya dengan hujan yang diterima serta kesan keadaan kering yang menjejaskan kualiti udara di Malaysia. Data taburan hujan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008 di 12 buah stesen kajicuaca utama di Malaysia dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik korelasi, bivariat dan multivariat. Hasil kajian mendapati korelasi antara min tahunan Equatorial Southern Oscillation Index (EQSOI), Southern Oscillation Index (SOI) dan Oceanic Nino Index (ONI), iaitu indeks untuk mengukur El Nino dan jumlah taburan hujan adalah negatif tapi lemah untuk EQSOI dan ONI, tapi positif untuk SOI. Penurunan jumlah taburan hujan di barat Semenanjung Malaysia tidak terlalu ketara berbanding yang dicatatkan di stesen Malaysia Timur. Korelasi antara indeks pencemaran udara dan hujan adalah negatif kecuali di Malaysia Timur (julat antara 0.07 hingga -0.43) yang menunjukkan bahawa dalam keadaan El Nino, kualiti udara di Malaysia lazimnya rendah kerana keadaan yang lebih kering. Analisis regresi multivariat menunjukkan bahawa kualiti udara dapat diramalkan daripada parameter hujan, EQSOI dan SOI, walaupun kebaikan suai berjulat antara 7% hingga 34% sahaja. Implikasi kajian ini adalah perancangan di peringkat pihak berkuasa untuk mengatasi peristiwa jerebu tempatan yang disebabkan oleh pencemaran setempat atau pencemaran rentas sempadan terutama sewaktu keadaan kering berpanjangan yang melanda negara akibat daripada fenomena El Nino. |
---|