Keperluan masyarakat miskin desa dalam program pembangunan desa di Kecamatan Kuantan Mudik, Provinsi Riau, Indonesia
Kegagalan program pembangunan desa seringkali disebabkan oleh ketidakseimbangan antara keperluan masyarakat miskin dengan program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan jenis program pembangunan yang sesuai mengikut keperluan masyarakat miskin des...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12804/1/25612-76406-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12804/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kegagalan program pembangunan desa seringkali disebabkan oleh ketidakseimbangan antara keperluan masyarakat miskin dengan program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan jenis program pembangunan yang sesuai mengikut keperluan masyarakat miskin desa. Kajian dijalankan di Kecamatan Kuantan Mudik yang terdiri daripada enam desa, iaitu Desa Luai, Desa Rantau Sialang, Desa Kasang, Desa Pebaun Hulu, Desa Saik dan Desa Pantai. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 22 item program pembangunan. Kajian melibatkan 76 orang responden yang dipilih secara rawak. Data dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min paling tinggi dan nilai min paling rendah daripada keseluruhan item yang diukur. Hasil kajian menunjukkan bahawa 18 item termasuk dalam kategori tinggi dan hanya dua item program pembangunan termasuk kategori sederhana. Hasil kajian mendapati program pembangunan yang paling diperlukan masyarakat miskin desa adalah bantuan rumah layak huni, bantuan pendidikan, bantuan benih dan peralatan teknologi pertanian serta jaminan kesihatan secara percuma. Dapatan kajian membuktikan semakin rendah tingkat pendapatan masyarakat desa, semakin tinggi keinginan mereka untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Implikasi kajian menyarankan bahawa polisi pembangunan sebaiknya diarahkan kepada perkara yang menjadi keperluan masyarakat miskin agar program pembangunan desa yang dijalankan memberi manfaat terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat miskin desa. |
---|