Faktor pengetahuan amalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah

Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur 'Izzah Jainudin,, A'dawiyah Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12485/1/28917-89330-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12485/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan remaja perempuan yang berumur 13, 14 dan 16 tahun. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik dan diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Data dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian faktor pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah menunjukkan, faktor guru dan ibu bapa/penjaga adalah tinggi berbanding faktor diri sendiri dan rakan berdasarkan min item faktor tertentu. Kajian ini mencadangkan agar pihak guru, ibu bapa/penjaga dan pihak berwajib memberi perhatian kepada kerohanian diri remaja dalam membina akidah yang mantap, serta keperibadian remaja muslim cemerlang kerana faktor diri sendiri adalah faktor penting dalam menjaga batas aurat dan pergaulan.