Persepsi guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah daerah Sri Aman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu daripada segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Seramai 90 orang guru yang menga...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12456/1/jatma-2018-0601-06.pdf http://journalarticle.ukm.my/12456/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu daripada segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Seramai 90 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
di sekolah rendah dari 3 bahagian iaitu bahagian zon Sri Aman, Zon Undup dan Zon Lingga. Ketiga-tiga zon ini
adalah dari daerah Sri Aman. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik
sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 22.0
bagi menganalisis data deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t. Hasil kajian menunjukkan nilai purata
min bagi pemahaman (min = 3.389) guru Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Sementara empat lagi aspek
yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.676), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.70 ), tahap
sikap (min = 3.62) dan tahap penilaian (min = 3.57) guru Bahasa Melayu terhadap KBAT menunjukkan purata nilai min
berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan dan penerimaan guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan KBAT di samping memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat seperti KPM
bagi membantu guru menerapkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam Bahasa Melayu. |
---|