Penggunaan Bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu

Papan tanda premis perniagaan adalah papan tanda yang dipasang secara tetap oleh syarikat atau peniaga di sesebuah premis perniagaan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna mengenai barang keluaran, pengeluaran, perniagaan tred, firma, organisasi, institusi ataupun maklumat lain yang dijalankan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Masitah Muhammadin,, Rohaidah Kamaruddin,, Sharil Nizam Sha’ri,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12454/1/jatma-2018-0601-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12454/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Papan tanda premis perniagaan adalah papan tanda yang dipasang secara tetap oleh syarikat atau peniaga di sesebuah premis perniagaan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna mengenai barang keluaran, pengeluaran, perniagaan tred, firma, organisasi, institusi ataupun maklumat lain yang dijalankan di premis tersebut. Namun begitu, terdapat kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang ditemui di tempattempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Justeru, kesalahan dan kecelaruan ini sewajarnya diterokai serta dikaji bagi mengenal pasti bentuk kesalahan, faktor-faktor berlakunya hal sedemikian dan menganalisis aspek kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kesalahan penggunaan ejaan, membincangkan faktor-faktor kesalahan penggunaan ejaan, dan menganalisis aspek kesalahan penggunaan ejaan pada papan tanda atau iklan daripada segi struktur kata. Kajian ini menggunakan kaedah dan tatacara yang merangkumi pemilihan kawasan, pengutipan data di lapangan, penyaringan dan pengekodan data kajian, penganalisisan dan pentafsiran data.