Menjejaki warisan khazanah manuskrip dan buku nadir Melayu di Cambridge University Library
Perhatian pengkaji manuskrip dan buku nadir Melayu di Great Britain seringkali tertumpu kepada bahan yang mudah dicapai di institusi terkenal di ibu kota negara tersebut sahaja, misalnya di The British Library, School of Oriental & African Studies (SOAS) dan The Royal Asiatic Society. Sebalikn...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12441/1/IMAN-2017-0502-05.pdf http://journalarticle.ukm.my/12441/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perhatian pengkaji manuskrip dan buku nadir Melayu di Great Britain seringkali tertumpu kepada bahan yang mudah
dicapai di institusi terkenal di ibu kota negara tersebut sahaja, misalnya di The British Library, School of Oriental &
African Studies (SOAS) dan The Royal Asiatic Society. Sebaliknya, koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu yang lain
di United Kingdom jarang sekali diterokai pengkaji tempatan. Salah satu khazanah persuratan Melayu yang sungguh
bermakna bagi warisan peradaban dunia Melayu adalah koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu yang terpelihara
di Cambridge University Library (CUL). Antara lain, koleksi ini mengandungi naskhah-naskhah manuskrip Melayu
tertua di dunia dan codex unicus buku-buku cetak batu Melayu yang diperoleh dari Ceylon, Labuan dan Singapura
pada suku ketiga kurun ke-19. Makalah ini berhasrat untuk memperkenalkan koleksi ini kepada khalayak baru melalui
sebuah perbincangan awal mengenai ‘provenance’ atau latar sejarah pemilikan bahan Melayu di CUL, khasnya Koleksi
Richard James Wilkinson (1867-1941). Koleksi Wilkinson ini merupakan bahan rujukan teras bagi penulisan magnum
opus beliau, ‘A Malay-English Dictionary’ (1903), serta tulisannya dalam siri ‘Papers on Malay Subjects’ (1907-1911).
Salah satu manuskrip yang baharu dikenal pasti judulnya di dalam koleksi Wilkinson ini pula ialah sebuah naskhah
Hikayat Pahang yang tidak pernah diperkatakan secara terperinci sebelum ini. Makalah ini akan menyampaikan
maklumat baru mengenainya, selain membincangkan koleksi manuskrip-manuskrip Hikayat Pahang yang diketahui
keberadaannya pada ketika ini. |
---|