Menyoroti dua tradisi pemujaan laut di Sarawak: semah dan kaul

Makalah ini membincangkan dua tradisi tradisional masyarakat pesisir pantai di Sarawak. Kedua-dua tradisi ini, iaitu semah dan kaul merupakan suatu upacara pemujaan laut yang masing-masing diadakan oleh suku Melayu dan Melanau. Tujuan upacara ini dianjurkan adalah untuk meminta perlindungan daripa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pan Hui,, Chong Shin,, Remmy Gedat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12434/1/IMAN-2017-0501-03.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12434/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan dua tradisi tradisional masyarakat pesisir pantai di Sarawak. Kedua-dua tradisi ini, iaitu semah dan kaul merupakan suatu upacara pemujaan laut yang masing-masing diadakan oleh suku Melayu dan Melanau. Tujuan upacara ini dianjurkan adalah untuk meminta perlindungan daripada kuasa atau semangat laut agar jauh dari wabak penyakit, malapetaka dan murah rezeki. Sesungguhnya kedua-dua suku ini sangat terkenal dengan upacara pemujaan laut kerana mereka merupakan penghuni yang bergantung kepada laut untuk kehidupan. Justeru kerana kini semah telah hampir punah di kalangan suku Melayu, maka makalah ini menyoroti hasil kajian Harrisson (1950) tentang semah oleh suku Melayu di Pulau Satang dan Pulau Talang-talang. Ini disusuli dengan kupasan upacara kaul Melanau dengan data yang dikumpulkan oleh penulis. Di akhir makalah, satu perbandingan telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan kedua-dua upacara ini. Hasil analisis mendapati bahawa kedua-dua upacara ini memaparkan perbezaan yang nyata, namun sifat asasnya tidak jauh berbeza, misalnya kedua-dua upacara ini diketuai oleh ketua upacara atau dukun, menggunakan sesajen, membacakan mantera, menyembah semangat atau kuasa di laut dan sebagainya. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa pengamalan sesuatu kebudayaan amat berkait rapat dengan lingkungan persekitaran dan hubungan ini telah menjadi sebahagian dari warisan kebudayaan mereka.