Jenis seramik perdagangan di Semenanjung Malaysia: berdasarkan koleksi di muzium dan ekskavasi arkeologi

Pengetahuan asas mengenai setiap jenis seramik perdagangan yang ditemui sama ada melalui kajian arkeologi atau dipamerkan di muzium amat penting bagi penyelidik arkeologi. Ini kerana rata-rata penemuan kajian arkeologi sama ada di darat mahupun di dalam air, banyak ditemukan seramik dalam bentuk s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asyaari Muhamad,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12432/1/IMAN-2017-0501-01.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12432/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengetahuan asas mengenai setiap jenis seramik perdagangan yang ditemui sama ada melalui kajian arkeologi atau dipamerkan di muzium amat penting bagi penyelidik arkeologi. Ini kerana rata-rata penemuan kajian arkeologi sama ada di darat mahupun di dalam air, banyak ditemukan seramik dalam bentuk serpihan dan kurang yang lengkap bentuk dan sifatnya. Dengan mengenal pasti setiap jenis artifak seramik yang ditemui itu akan membantu penyelidik menyelesaikan beberapa isu. Antaranya isu-isu yang berkaitan dengan asal usul tempat seramik itu dihasilkan, usia, jenis, bentuk, corak hiasan dan fungsi seramik tersebut. Kajian arkeologi di Malaysia sejak 45 tahun yang lampau telah menemukan ribuan serpihan seramik yang diperdagangkan di rantau ini. Pengenalpastian identiti seramik tersebut telah menyelesaikan beberapa isu khususnya tentang jenis, asal-usul, usia serta fungsi seramik tersebut dihasilkan. Beberapa kaedah dikenal pasti bagi mengenal pasti setiap serpihan seramik yang ditemui. Antaranya melalui kaedah analisa kualitatif dan kuantitatif. Pemerhatian secara fizikal melalui kaedah tertentu dan analisa saintifik seperti menggunakan kaedah karbon C14, Thermoluninesen, EXR dan XRD banyak membantu ahli arkeologi mengungkai sejarah, asal-usul dan fungsi setiap penemuan seramik tersebut. Melalui pengecaman setiap seramik yang ditemui itu, secara tidak langsung dapat memberi pandangan baru terhadap interpretasi data arkeologi zaman kini.