Keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan dari perspektif pelajar tingkatan enam
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan terhadap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dinilai berdasarkan dua aspek iaitu pencapaian akademik dan kemahiran insaniah mengikut keperluan program transformasi pend...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12350/1/Artikel-12_NOOR-LELA-AHMAD_FINAL.pdf http://journalarticle.ukm.my/12350/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-20-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi
mata pelajaran Perakaunan terhadap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dinilai berdasarkan dua aspek
iaitu pencapaian akademik dan kemahiran insaniah mengikut keperluan program transformasi pendidikan
yang mengkehendaki pelajar dinilai secara holistik dan menyeluruh ke arah pengajian prauniversiti. Kajian
menggunakan pendekatan kuantitatif secara soal selidik bagi mendapatkan data daripada enam puluh orang
pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Perakaunan dari empat buah sekolah di daerah Melaka
Tengah. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT (2006)
dan modul Kavanagh dan Drennan (2008) untuk menjawab persoalan kajian. Analisis data menggunakan analisis
min, frekuensi dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan sistem pentaksiran baharu
memberi kebaikan dan kelebihan kepada pelajar STPM terutama sebagai persediaan ke institusi pengajian
tinggi. Kemahiran insaniah seperti kemahiran teknikal, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran intelektual,
kemahiran interpersonal dan kemahiran personal dapat dipupuk melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dan kerja kursus yang digunakan oleh guru di dalam dan diluar bilik darjah. Dengan ini, kajian mencadangkan
penambahbaikan berterusan dilakukan terhadap sistem pentaksiran baharu STPM supaya berupaya melahirkan
pelajar yang cemerlang dan kompetitif. |
---|