The influence of contextual aspects on New Zealand Muslim males’ environmentally ethical behaviour (EEB): a preliminary analysis of survey data
Kajian-kajian lepas menggunakan aspek kontekstual bersama-sama dengan aspek sikap dalam mengukur pengaruh ke atas tingkah laku beretika alam sekitar (EEB). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa aspek sikap adalah pengaruh yang dominan ke atas EEB. Aspek kontekstual pula dilihat hanya sebagai pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2008
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1235/1/1.pdf http://journalarticle.ukm.my/1235/ http://www.ukm.my/jmalim |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian-kajian lepas menggunakan aspek kontekstual bersama-sama dengan
aspek sikap dalam mengukur pengaruh ke atas tingkah laku beretika alam
sekitar (EEB). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa aspek sikap adalah
pengaruh yang dominan ke atas EEB. Aspek kontekstual pula dilihat hanya
sebagai pengaruh tidak langsung ke atas EEB. Penggunaan kedua-dua jenis
aspek ini secara bersama dalam satu kajian menjadikan tahap
kebolehpercayaan, kesahan dan signifikan setiap satu aspek kontekstual ke
atas EEB sukar dijelaskan sedangkan kejelasan tentang kebolehpercayaan
dan kesahan setiap satu aspek kontekstual ini adalah lebih berguna untuk
pembentukan polisi EEB berbanding dengan aspek sikap. Keadaan ini juga
menyebabkan tahap signifikan aspek demografi ke atas EEB dan ke atas
setiap satu aspek kontekstual tidak jelas. Kertas ini mencadangkan supaya
aspek kontekstual diukur secara berasingan daripada aspek sikap. Ini bagi
membolehkan tahap kebolehpercayaan, kesahan dan signifikan setiap satu
aspek kontekstual ke atas EEB dapat dijelaskan. Ini juga akan membolehkan
tahap signifikan aspek demografi ke atas EEB dan ke atas setiap satu aspek
kontektual dilihat dengan lebih jelas. Bagi menguji cadangan ini, satu analisis
awal ke atas data-data soal selidik tentang pengaruh aspek sosial, agama,
ekonomi, politik dan demografi terhadap tingkah laku beretika alam sekitar
populasi lelaki Muslim New Zealand dilakukan. Analisis awal ini melibatkan
ujian kebolehpercayaan skala dan ujian kesahan skala. Di samping itu, ujian
generalisasi sampel dan ujian saiz sampel dilakukan bagi melihat tahap
signifikan. Analisis awal ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan
dan kesahan setiap satu aspek kontekstual ke atas EEB adalah tinggi dan
aspek ekonomi merupakan aspek yang paling signifikan dalam hubungannya
dengan EEB. Analisis ini juga menunjukkan pelbagai tahap signifikan aspek
demografi ke atas EEB dan ke atas setiap satu aspek kontekstual. Jelasnya,
tahap kebolehpercayaan, kesahan dan signifikan setiap satu aspek
kontekstual ke atas EEB dapat dilihat dengan lebih jelas apabila aspek
kontekstual diukur secara berasingan daripada aspek sikap. |
---|