Tombiruo: adaptasi novel ke filem dan representasi kepercayaan setempat
Mengadaptasi novel ke filem bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman. Sejak zaman awal pengenalan filem kepada masyarakat, naskhah yang baik mahupun laris terjual diangkat menjadi naskhah filem setelahnya. Filem-filem awal Hollywood misalnya mengambil naskhah novel terkenal seperti...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12258/1/26166-78658-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12258/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mengadaptasi novel ke filem bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman. Sejak zaman
awal pengenalan filem kepada masyarakat, naskhah yang baik mahupun laris terjual diangkat
menjadi naskhah filem setelahnya. Filem-filem awal Hollywood misalnya mengambil naskhah novel
terkenal seperti novel bersiri penyiasatan Sherlock Holmes Baffled (1894) yang telah difilemkan pada
tahun 1900 dan juga filem A Trip to The Moon (1902) arahan Georges Melies daripada novel From
The Earth to the Moon (1865). Begitu juga yang terjadi dengan industri perfileman tempatan. Novel
seperti Rumah Itu Duniaku (1951) karya Hamzah Hussin yang dijadikan filem pada tahun 1963.
Setelah itu, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang
difilemkan pada tahun 1983 serta menerima beberapa anugerah dalam Festival Filem ke-4 pada
tahun yang sama. Malah, novel ini kemudiannya difilemkan oleh pengkarya dari Kemboja dengan
tajuk Rice People (1994). Novel Juara (1976) oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan juga turut
difilemkan di bawah arahan U Wei Haji Shaari pada tahun 1997 dan banyak lagi novel yang telah
diadaptasikan kepada filem. Namun, naskhah yang diadaptasikan ini seringkali diselar kerana kurang
atau tidak mampu mengangkat kesamaan penceritaan seperti naskhah novelnya. Ini lebih lagi dapat
dilihat melalui ketidaktepatan representasi budaya setempat yang diangkat. Oleh itu, menerusi
kajian ini, representasi kepercayaan setempat yang dipaparkan menerusi naskhah novel dan filem
Tombiruo: Penunggu Rimba akan dikenalpasti dan diperbincangkan. Untuk hal berkenaan, kajian
akan dilihat menerusi pemaparan watak dan perwatakan serta elemen naratif. |
---|