Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai s...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12257/1/26165-78648-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12257/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival
filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam
pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti
sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah, apakah
kandungan filem Sepet melayakkannya sebagai sebuah filem nasional Malaysia? Data artikel ini
diperoleh daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan
diaplikasikan sebagai kaedah untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, tesis, akhbar,
majalah dan filem Sepet. Selain itu, konsep filem nasional oleh Cooke Lez (1999) diaplikasikan untuk
meneliti aspek ikonografi dan pengucapan atau bahasa. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah,
Sepet layak diangkat sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Dari sudut ikonografi, Sepet telah
mengemukakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sebagai lambang identiti bangsa Malaysia.
Ikonografi bangsa Malaysia ini dipaparkan melalui mise-en-scene filem ini dari sisi latar, pakaian dan
props yang ditonjolkan sebagai sebahagian daripada ceritanya. Manakala dari sudut bahasa pula,
Sepet telah menggunakan bahasa perbualan harian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia iaitu
bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Keistimewaan filem ini adalah penggunaan ketiga-tiga
bahasa yang dituturkan sebagai medium komunikasi antara karakter-karakter filem Sepet.
Keistimewaan ini adalah identiti utama, terutamanya, dalam mengasingkan filem nasional Malaysia
dari filem-filem nasional negara lain. Oleh itu, filem Sepet memiliki suatu identiti khusus, iaitu
penggunaan lebih dari satu bahasa dalam melayakkannya sebagai filem nasional Malaysia. |
---|