Fiksimini berbahasa Sunda dalam media sosial
Dipandang dari sudut pandang media sosial, globalisasi merupakan alternatif kepada kemunculan bahasa-bahasa kecil ke dalam ranah global. Di samping itu, media sosial menjadi alternatif kepada keterbatasan media konvensional. Ini terbukti dengan kemunculan kumpulan-kumpulan bahasa Sunda di media s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12256/1/26164-78646-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12256/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dipandang dari sudut pandang media sosial, globalisasi merupakan alternatif kepada kemunculan
bahasa-bahasa kecil ke dalam ranah global. Di samping itu, media sosial menjadi alternatif kepada
keterbatasan media konvensional. Ini terbukti dengan kemunculan kumpulan-kumpulan bahasa
Sunda di media sosial seperti Facebook dan Twitter yang boleh diakses oleh semua orang tanpa
mengetahui sempadan negara. Satu kumpulan dalam media sosial iaitu kumpulan Fiksmimini
Bahasa Sunda (FBS) pada laman Facebook yang lahir pada 16 September 2011. Kumpulan ini
dianggotai oleh lebih dari 10,000 ahli dari pelbagai negara. Kumpulan ini komited untuk
menggunakan bahasa Sunda sesuai dengan aturan bahasa Sunda yang baik dan benar. Dalam proses
pengumpulan ini telah melahirkan pengarang baru dan mengghairahkan kembali para penulis lama
dalam bahasa Sunda. Sebahagian daripada karya mereka kemudiannya diterbitkan dalam media
konvensional seperti majalah dan buku. Di samping itu, kumpulan FBS telah memberi inspirasi pula
munculnya kumpulan-kumpulan berbahasa Sunda lainnya baik yang memberi tumpuan pada bentuk
susastra (antara lain fiksimini, cerita pendek, petisi, haiku, pantun) dan nonsastra. Kaedah
penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif dengan data deskriptif melalui teknik kajian
kesusasteraan. Melalui kajian fiksimini dalam media sosial ini akan dikupas masih tinggikah
kepedulian masyarakat pemilik bahasa Sunda (orang Sunda) terhadap bahasa Sunda dikaitkan
dengan keadaan bahasa Sunda yang termasuk kategori terancam punah. |
---|