Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama bahasa Melayu
Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya usaha mereka tersebu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12253/1/19802-78643-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12253/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya
secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran
yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya
usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi
makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
menjelaskan makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama. Kajian ini
menggunakan pendekatan pragmatik. Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat
dalam skrip drama hasil tulisan Usman Awang (1988), iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam,
juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin (1990), iaitu Bujur Lalu Melintang Patah, Atap
Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar. Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti
setiap ujaran yang terpilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa makna penutur bagi ujaran
tak langsung yang terdapat dalam skrip drama dapat ditafsirkan berdasarkan konteks dan niat
penutur. Konteks tersebut ialah konteks fizikal dan persekitaran, konteks sosial dan budaya serta
konteks linguistik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pentafsiran makna penutur bagi
ujaran tak langsung dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu pertama; tafsiran berdasarkan konteks
dan niat penutur. Kedua; tafsiran berdasarkan niat penutur sahaja. Kajian ini penting dijalankan bagi
memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna
penutur bagi ujaran-ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama berpandukan prinsip
pragmatik. |
---|