Projek komunikasi di bawah komitmen pinjaman Yen
Modenisasi Malaysia telah menjadi cabaran kepada perancang sistem komunikasi untuk memenuhi keperluan semasa. Walaupun corak permintaan mobiliti yang disebabkan oleh kemajuan dan kemakmuran ekonomi mewujudkan tekanan kepada sektor komunikasi, ianya disokong dan disesuaikan dengan strategi berterusan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12243/1/25342-78633-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12243/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modenisasi Malaysia telah menjadi cabaran kepada perancang sistem komunikasi untuk memenuhi keperluan semasa. Walaupun corak permintaan mobiliti yang disebabkan oleh kemajuan dan kemakmuran ekonomi mewujudkan tekanan kepada sektor komunikasi, ianya disokong dan disesuaikan dengan strategi berterusan oleh kerajaan melalui komitmen pelaburan dan bantuan asing antaranya Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA). Kemajuan komunikasi yang dilaksanakan dengan komitmen pinjaman Yen memperlihatkan kebolehaksesan yang dihubungkan sama ada melalui pengangkutan darat, laut dan udara telah membentuk satu sistem jaringan perhubungan yang kompleks dan mempengaruhi pembangunan berterusan melalui perlaksanaan projek-projek baru sejajar dengan keperluan pembangunan Malaysia. Dari tahun 1966 sehingga tahun 2014, sebanyak USD944.35 juta atau 45% daripada jumlah keseluruhan ODA Jepun yang disalurkan ke Malaysia adalah dalam bentuk pinjaman Yen. Pinjaman Yen yang menjadi komponen utama ODA Jepun untuk membiayai 75 projek pembangunan insrastruktur telah mencorakkan persepsi baru landskap sistem komunikasi di Malaysia yang akhirnya menjadi sinergi ke arah pengukuhan struktur daya saing sosioekonomi di peringkat global. Kajian ini menyelidik projek komunikasi di bawah komitmen pinjaman Yen dari tahun 1966 hingga 2015. Kajian ini berhujah bahawa, kebolehaksesan ke setiap koridor dengan perlaksanaan projek komunikasi di bawah komitmen pinjaman Yen seperti lapangan terbang, pelabuhan dan lebuh raya antara yang membantu Kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pengangkutan sebagai salah satu daripada bidang keberhasilan utama nasional yang memberi penekanan kepada kesiapsediaan perkhidmatan dan kemudahan mobiliti perjalanan. Kedua, sistem komunikasi yang efisYen antara penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi apabila Malaysia menunjukkan korelasi antara pertumbuhan semasa dengan peningkatan mobiliti berikutan pertambahan dalam jumlah kependudukan, pekerjaan dan aktiviti ekonomi. |
---|