Perbezaan pencapaian ujian timed up and go dan kelajuan berjalan antara warga emas dengan risiko jatuh tinggi dan rendah

Jatuh merupakan salah satu masalah utama dalam kalangan warga emas yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosotan kualiti hidup, morbiditi dan kematian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian ujian Timed Up and Go (TUG) dan kelajuan berjalan dalam kalangan warga emas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Devinder Kaur Ajit Singh,, Nor Najwatul Akmal Ab Rahman,, Azianah Ibrahim,, Nor Azlin Mohd Nordin,, Yaksotha Palaniappan,, Lam Shu Zhen,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12234/1/15567-76544-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12234/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/685
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jatuh merupakan salah satu masalah utama dalam kalangan warga emas yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosotan kualiti hidup, morbiditi dan kematian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian ujian Timed Up and Go (TUG) dan kelajuan berjalan dalam kalangan warga emas di komuniti dengan risiko jatuh yang tinggi dan rendah, menggunakan Physiological Profile Assessment (PPA). Kajian keratan rentas ini melibatkan 278 orang warga emas berumur di antara 60-88 tahun dari kelab warga emas di sekitar Lembah Klang. 40.6% warga emas mempunyai risiko jatuh tinggi dan kebanyakkan adalah perempuan (75%). Terdapat perbezaan signifikan (p < 0.001) dalam pencapaian ujian TUG dan kelajuan berjalan antara golongan warga emas yang berisiko jatuh yang tinggi dan rendah. Penurunan mobiliti (masa ujian TUG yang lebih lama) dan peningkatan umur telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang signifikan (p < 0.05) bagi jatuh dalam kajian ini. Nilai rujukan yang diperoleh untuk ujian TUG daripada kajian ini dapat dimanfaatkan untuk mengenal pasti warga emas di komuniti dengan risiko jatuh, pada fasa yang lebih awal serta membolehkan pengelakkan dan pengurusan jatuh.