Potensi Afrodisiak Lunasia amara ke atas tikus jantan teraruh diabetes

Diabetes melitus telah terbukti mengganggu penghasilan testosteron dan menyebabkan masalah libido dalam kalangan lelaki. Sehingga kini, tiada kajian mengenai potensi Lunasia amara dalam membaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pote...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor-Raidah Rahmat,, Amira Kamalrudin,, Shazrul Fazry,, Mahanem Mat Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12114/1/05%20Nor-Raidah%20Rahmat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12114/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2018/KandunganJilid47Bil6_2018.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Diabetes melitus telah terbukti mengganggu penghasilan testosteron dan menyebabkan masalah libido dalam kalangan lelaki. Sehingga kini, tiada kajian mengenai potensi Lunasia amara dalam membaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi afrodisiak L. amara ke atas tikus jantan teraruh diabetes. Empat kumpulan tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (250 dan 500 mg/kg berat tubuh), 500 mg/kg metformin dan air suling. Tikus kumpulan kawalan normal tanpa aruhan diabetes menerima perlakuan air suling. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama 30 hari untuk melihat kesan L. amara ke atas status libido, aras testosteron serum, berat tubuh tikus, morfometri testis dan epididimis kauda serta aktiviti enzim antioksida testis tikus teraruh diabetes berbanding kawalan. Keputusan kajian menunjukkan berlaku penurunan libido, aras testosteron dan aktiviti khusus enzim antioksida (glutation peroksidase, katalase dan superoksida dismutase) testis tikus teraruh diabetes secara signifikan (p<0.05) pada kedua-dua dos tersebut berbanding kawalan normal. Sementara itu, perlakuan L. amara didapati tidak menjejaskan morfometri testis, epididimis kauda dan berat tubuh tikus yang menerima perlakuan L. amara berbanding kawalan normal. Kajian ini membuktikan bahawa ekstrak akuas batang L. amara pada dos 250 dan 500 mg/kg berat tubuh tidak berupaya memperbaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes.