Penentuan kepekatan radionuklid tabii dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil® ke atas penanaman Hibiscus cannabinus (Kenaf)

Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®. Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aznan Fazli Ismail,, Khairiah Rosli,, Wan Mohd Razi Idris,, Sahibin Abd. Rahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12077/1/04%20Aznan%20Fazli%20Ismail.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12077/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num5_2018/contentsVol47num5_2018.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®. Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan telah dianalisis menggunakan sistem spektometri sinar gama. Keputusan kajian mendapati julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tanah yang menggunakan Condsoil® masing-masing adalah 13.8 - 17.6, 15.7 - 21.0 dan 44.5 - 57.7 Bq kg-1. Julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tumbuhan pula masing-masing adalah 5.0 - 18.5, 0.1 - 1.5 dan 42.7 - 321.8 Bq kg-1. Bagi sampel air, julat kepekatan aktiviti bagi radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K masing - masing adalah 0.3 - 0.9, 0.3 - 3.9 dan 1.4 - 11.6 Bq L-1. Julat faktor pemindahan radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K daripada tanah ke tumbuhan masing-masing adalah 0.42 - 0.71, 0.01 - 0.08 dan 0.85 - 5.34. Penilaian bahaya radiologi mendapati indeks kesetaraan radium berada di bawah nilai had yang dicadangkan iaitu 370 Bq kg-1. Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati penggunaan Condisoil® sebagai bahan penambahbaikan tanah tidak menyebabkan pertambahan radionuklid tabii ke dalam alam sekitar serta tidak mendatangkan risiko bahaya radiologi kepada manusia.