Sumbangan pemikiran dan perjuangan dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady di Malaysia (1943-2013)
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal di Malaysia mahupun Nusantara. Beliau memiliki pengaruh yang besar dalam perkembangan penyebaran dakwah dan intelektual. Kepentingan pengaruhnya dapat dirasakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Islam di r...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11951/1/18630-73994-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11951/ http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal di Malaysia mahupun Nusantara. Beliau memiliki pengaruh yang besar dalam perkembangan penyebaran dakwah dan intelektual. Kepentingan pengaruhnya dapat dirasakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Islam di rantau ini menerusi hasil karya-karya beliau selain peranan aktifnya dalam penyebaran dakwah serta ilmu sepanjang hayatnya. Justeru, sumbangan dari aspek pemikiran dan perjuangan beliau telah menjadi fokus utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif yang berlandaskan kepada metode sejarah, analisis kandungan karya-karya secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan pejuang tegar ahli Sunnah wa al-Jama’ah dalam kalangan para ilmuan Nusantara. Malah, konsep pemikiran beliau dari perspektif penyebaran dakwah Islam lebih tertumpu kepada ajaran ahli Sunnah wa al-Jama’ah. Keprihatinan beliau terhadap nasib ummah dalam kemelut permasalahan isu agama terutama dari sudut amalan dan serangan pemikiran gerakan Barat menjadikan beliau berusaha merungkai dan menyelesaikan dengan cara yang bijaksana berlandaskan ajaran al-Quran, al-Sunnah, al- Ijma’ dan al-Qiyas. Bahkan, beliau juga berjuang dalam menentang unsur-unsur pemikiran dan ideologi moden yang dibawa daripada golongan gerakan Barat seperti fahaman Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme Agama. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran yang ditonjolkan oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam bidang intelektual dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam dalam menghadapi serta menangani kemelut serangan pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam dengan cara yang sebaik-baiknya. |
---|