Aplikasi peranti analitikal “cultural diamond” dalam analisis pembentukan komuniti sub-budaya cosplay Jepun di Malaysia
Ketiadaan sebarang bentuk sempadan yang mengelilingi kehidupan sosial masyarakat kontemporari membolehkan mereka untuk mengakses kepada trait sub-budaya dari pelbagai sumber lantas membentuk komuniti sub-budaya asing di lokasi tempatan. Artikel ini membincangkan komuniti sub-budaya cosplay Jepun dal...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11949/1/17481-73987-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11949/ http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ketiadaan sebarang bentuk sempadan yang mengelilingi kehidupan sosial masyarakat kontemporari membolehkan mereka untuk mengakses kepada trait sub-budaya dari pelbagai sumber lantas membentuk komuniti sub-budaya asing di lokasi tempatan. Artikel ini membincangkan komuniti sub-budaya cosplay Jepun dalam merangka penjelasan tentang bagaimana sebuah sub-budaya yang berasal dari luar negara iaitu Jepun boleh wujud sebagai sub-budaya di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan peranti analitikal ‘cultural diamond’ yang disarankan oleh Griswold sebagai skema menyusun atur penilaian dan penyelidikan. Analisis data mendapati bahawa wujudnya tiga bentuk hubungan antara elemen-elemen yang terlibat dalam proses pembentukan sesuatu bentuk (sub)budaya iaitu ‘dunia sosial meningkatkan objek budaya’, ‘pencipta dan penerima mengakses objek budaya’, dan ‘dunia sosial menyokong pencipta dan penerima’. Pada dasarnya, dunia sosial yang wujud pada ketika ini dikelilingi oleh proses globalisasi, kemajuan teknologi, perkembangan industri budaya, peningkatan tahap autonomi individu serta pengaruh media yang telah mempelbagaikan pilihan dari segi gaya hidup yang boleh diterajui oleh masyarakat tempatan. Ini kerana masyarakat tempatan tidak kira sama ada pengguna, peminat, pemuja, penggiat ataupun pengeluar berpeluang untuk mengakses kepada trait sub-budaya asing yang ditransmisikan. Aksesibiliti ke atas trait pengetahuan, komoditi, identiti dan ruang membolehkan peserta tempatan mempraktikkan sesuatu bentuk sub-budaya asing sepertimana yang dilakukan oleh para peserta di negara asalnya. |
---|