Nilai Islam dalam komik Majalah Dewan Pelajar
Hubungan nilai Islam dalam kehidupan manusia merentas disiplin ilmu. Didapati bahawa nilai Islam terdapat dalam karya sastera bukan sahaja terhadap genre prosa, bahkan dalam majalah dan komik. Justeru, kajian ini akan membuktikan bahawa medium komik sememangnya mengandungi nilai Islam yang dapat men...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11918/1/25120-74237-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11918/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1082 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hubungan nilai Islam dalam kehidupan manusia merentas disiplin ilmu. Didapati bahawa nilai Islam terdapat dalam karya sastera bukan sahaja terhadap genre prosa, bahkan dalam majalah dan komik. Justeru, kajian ini akan membuktikan bahawa medium komik sememangnya mengandungi nilai Islam yang dapat mendidik pembaca khususnya golongan kanak-kanak. Berdasarkan komik Di dan Pi serta komik DP dalam Majalah Dewan Pelajar pada tahun 2012, tahun 2013 serta tahun 2014. Majalah Dewan Pelajar merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjadi majalah dalam kelas sejak tahun 1990 lagi sebagai bahan bacaan kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini juga dibahagikan kepada dua iaitu hubungan manusia dengan Allah (habl’ min Allah) dan hubungan manusia dengan manusia (habl’ min al-Nas). Pembahagian ini merupakan pecahan utama dalam Teori Takmilah iaitu hubungan manusia dengan Allah yang bersifat vertical dan hubungan manusia dengan manusia yang bersifat horizontal sebagai asas kajian. Kerangka dalam Ihya Ulumiddin turut digunakan untuk mengukuhkan kajian dengan empat pecahan besar dalam kitab ini. Didapati hubungan manusia dengan Allah merangkumi bahagian peribadatan manakala hubungan manusia dengan manusia merangkumi bahagian pekerjaan sehari-hari, perbuatan yang membinasakan dan perbuatan yang menyelamatkan. Berdasarkan kajian ini nilai Islam yang terkandung dalam komik lebih menjurus kepada hubungan manusia dengan manusia berbanding hubungan manusia dengan Allah. |
---|