Nafsu lawwamah dalam novel Tautan Hati

Nafsu adalah landasan kepada akhlak yang ada dalam diri manusia. Nafsu yang terdidik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan keimanan yang teguh. Kajian ini menggunakan teks kajian novel Tautan Hati (2012) karya Fatimah Syarha terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. bagi mengenalpasti, menghu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Farhah Rosly,, Tengku Intan Marlina Tengku Mohammad Ali,, Nurhamizah Hashim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11916/1/25118-74232-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11916/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1082
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nafsu adalah landasan kepada akhlak yang ada dalam diri manusia. Nafsu yang terdidik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan keimanan yang teguh. Kajian ini menggunakan teks kajian novel Tautan Hati (2012) karya Fatimah Syarha terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. bagi mengenalpasti, menghurai dan juga menilai sifat-sifat nafsu lawwamah yang terdapat dalam novel tersebut. Kajian dilakukan berikutan begitu banyak kepincangan akhlak dewasa ini yang didasari oleh kerakusan nafsu manusia. Ia secara tidak langsung menjadi gambaran fenomena kepincangan akhlak dalam masyarakat. Nafsu lawwamah dilihat sebagai nafsu yang menonjol dalam novel Tautan Hati. Nafsu hanya dapat dikendali dengan baik apabila masyarakat dapat mengenali sifat-sifat nafsu tersebut. Sifat-sifat nafsu yang dikenali dalam novel Tautan Hati menjadi kayu ukur dan cerminan sosial masyarakat. Dengan mengenali sifat-sifat tersebut, maka masyarakat dapat membaiki kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik apabila sama-sama mengendali sifat tersebut menuju ke jalan yang diredaiNya. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan bahan bacaan yang berkaitan sifat nafsu watak-watak dalam novel. Kajian nafsu lawwamah dalam novel Tautan Hati membataskan kepada tiga sifat yang dominan iaitu, ujub, ghibah dan juga dusta. Kesimpulannya, watak-watak dalam novel memiliki sifat-sifat nafsu lawwamah yang mendorong menjauhkan diri daripada Allah SWT serta dalam masa yang sama mereka bertindak tanpa keutuhan iman dalam diri.