Komunikasi bukan lisan: alamat kedutan (denyutan) berdasarkan Mujarrobat

Kedutan (denyutan) adalah fenomena tubuh yang cukup unik, iaitu berlaku pergerakan tubuh atau tubuh bergerak-gerak sendiri tanpa ada sebab yang jelas. Kedutan (denyutan) dialami di bahagian tubuh manusia, misalnya kedutan (denyutan) di mata kiri, kedutan (denyutan) mata kanan atau kedutan (denyutan)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusmilayati Yunos,, Muammar Ghaddafi Hanafiah,, Muhd Norizam Jamian,, Zubir Idris,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11911/1/22711-65569-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11911/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1060
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedutan (denyutan) adalah fenomena tubuh yang cukup unik, iaitu berlaku pergerakan tubuh atau tubuh bergerak-gerak sendiri tanpa ada sebab yang jelas. Kedutan (denyutan) dialami di bahagian tubuh manusia, misalnya kedutan (denyutan) di mata kiri, kedutan (denyutan) mata kanan atau kedutan (denyutan) kelopak mata atas. Masyarakat Jawa mempercayai kedutan (denyutan) memberi petanda dan alamat kepada sesuatu peristiwa yang bakal berlaku. Peristiwa itu boleh jadi peristiwa baik atau peristiwa kurang baik. Biasanya alamat (ngalamat) sedemikian dibincangkan dalam Primbon Jawa. Kedutan (denyutan) dapat memberi tanda atau petunjuk dari aspek komunikasi bukan lisan. Maknanya tanpa diberitahu secara lisan sesuatu perkara yang akan terjadi boleh diketahui hanya melalui isyarat denyutan yang berlaku pada anggota tubuh badan. Penulisan ini bertujuan menjelaskan alamat kedutan (denyutan) di bahagian tubuh badan manusia berdasarkan Mujarrobat. Kaedah analisis tekstual digunakan dalam penulisan ini. Seterusnya temu bual terarah dilakukan bersama responden berketurunan Jawa yang masih mempercayai amalan ini. Pendekatan Firasat dalam Teori Perkaedahan Melayu digunakan bagi melihat amalan berkaitan alamat sesuatu kejadian atau peristiwa dijelaskan. Dapatan kajian menunjukkan kedutan (denyutan) di badan boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu di bahagian kepala, muka dan leher, badan, tangan dan kaki. Kedutan (denyutan) tersebut dapat menggambarkan peristiwa berkenaan kehidupan, rezeki, harta, pekerjaan dan kesihatan seseorang. Kepercayaan sedemikian masih dipercayai oleh masyarakat Jawa dan terdapat dalam kalangan masyarakat Jawa yang menjadikan amalan ini sebagai satu cara mereka berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan baik dan kurang baik. Suatu hal yang istimewa menunjukkan makna kedutan (denyutan) ini diadaptasi sesuai dengan nilai dan norma masyarakat setempat.