Hubungan penguasaan Bahasa Inggeris dengan tahap keberkesanan kemahiran insaniah pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

Tugas utama sesebuah universiti ataupun institut pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan mempunyai kepakaran teknikal sahaja malah pihak universiti juga perlu memastikan bahawa graduan yang dilahirkan berkebolehan tinggi dan mempunyai pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hasimi Yaacob,, Mohd Helmi Ali,, Nurhidayani Abd Wahab,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11763/1/Artikel-6_mohd-hasimi-yaacob_FEP_FINAL.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11763/
http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-20-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tugas utama sesebuah universiti ataupun institut pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan mempunyai kepakaran teknikal sahaja malah pihak universiti juga perlu memastikan bahawa graduan yang dilahirkan berkebolehan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran, contohnya kemahiran insaniah supaya dapat bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar kelak. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan bahasa Inggeris dengan tahap keberkesanan kemahiran insaniah pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penguasaan bahasa Inggeris dilihat melalui kecenderungan pelajar memupuk minat membaca bahan bahasa Inggeris, berlatih bertutur dalam bahasa Inggeris dan berminat menyertai kempen bahasa Inggeris. Manakala, kemahiran insaniah yang dikaji adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik bagi proses pengumpulan data. Hasil kajian daripada analisis Smart PLS mendapati penguasaan bahasa Inggeris berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan. Secara keseluruhannya, bahasa Inggeris mempunyai impak yang signifikan terhadap pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pihak universiti serta IPT perlu memandang serius akan perkara ini agar dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam semua aspek.