Hubungan antara struktur modal dan prestasi firma: analisis tiga sektor terpilih di Malaysia

Bukti yang tidak konklusif melibatkan analisis mengikut sektor untuk menyokong teori struktur modal telah mendorong kajian ini untuk merapatkan jurang di dalam literatur dengan menawarkan hasil dapatan secara empirikal daripada sektor di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan st...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Izyan Syafiqah Ramizan,, Syajarul Imna Mohd Amin,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11761/1/Artikel-4_Nur-Izyan_FEP_FINAL.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11761/
http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-20-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bukti yang tidak konklusif melibatkan analisis mengikut sektor untuk menyokong teori struktur modal telah mendorong kajian ini untuk merapatkan jurang di dalam literatur dengan menawarkan hasil dapatan secara empirikal daripada sektor di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan struktur modal ke atas prestasi firma dari sektor perdagangan dan perkhidmatan, teknologi, dan produk industri yang tersenarai di pasaran ACE Bursa Malaysia dari 2004 hingga 2014. Berdasarkan kaedah Pooled Ordinary Least Squares (POLS), hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara struktur modal dengan prestasi firma yang diukur oleh ROE tetapi tidak signifikan apabila menggunakan proksi ROA. Terdapat dua perkara penting yang boleh disimpulkan hasil daripada dapatan kajian ini: pertama, hasil kajian adalah selari dengan teori pecking order dan; kedua, ini menunjukkan bahawa hubungan struktur modal dan prestasi firma adalah sensitif kepada proksi prestasi firma. Selain itu kajian juga mendapati faktor saiz turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan nilai firma manakala kadar pertumbuhan adalah faktor yang tidak signifikan.