Impak pembangunan terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi penduduk setempat: Satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan pandangan penduduk tempatan tentang impak projek terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi tempatan sepanjang proses pembinaan dijalankan. Satu projek pembinaan pangsapuri di Brickfileds telah diambil sebagai fokus kajian ini. Kaedah pemerhati...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11749/1/16259-45565-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11749/ http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/882 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan pandangan penduduk tempatan tentang impak projek
terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi tempatan sepanjang proses pembinaan dijalankan. Satu projek pembinaan
pangsapuri di Brickfileds telah diambil sebagai fokus kajian ini. Kaedah pemerhatian dan pengedaran borang soal
selidik telah digunakan untuk memperolehi data primer. Seramai 40 responden dipilih dengan kaedah persampelan
mudah di kalangan penduduk tempatan untuk soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden
mempunyai pengetahuan asas tentang projek walaupun mereka tidak dimaklumkan oleh pihak pemaju. Mereka
berpandangan bahawa pelaksanaan projek ini tidak mendatangkan kebaikan malah membawa kesulitan kepada mereka
sepanjang proses pembinaan dijalankan. Selain itu, bagi majoriti penduduk, projek ini juga tidak mendatangkan impak
positif terhadap alam sekitar. Sebaliknya, mereka pernah mengalami pencemaran udara, pembuangan sisa pembinaan
dalam longkang dan pencemaran bunyi yang berlaku di sekitar tapak pembinaan pada tahap yang boleh diterima.
Projek tersebut juga dikatakan memberi kesan terhadap sumber air minuman dan kemerosotan keupayaan
pendengaran mereka. Dari segi impak terhadap sosio-ekonomi, kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa projek
membawa impak positif kepada pertambahan peluang pekerjaan dan peningkatan kualiti kemudahan tetapi bersetuju
bahawa kesesakan lalu lintas sering terjadi. Hasil kajian ini menunjukkan komunikasi antara pihak pemaju dan
penduduk tempatan amat diperlukan supaya pendapat masyarakat tempatan dapat difahami sebelum pelaksanaan
projek pembinaan. |
---|