Stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA): satu pendekatan tindakan penyertaan dalam kalangan belia di Pulau Pinang

Stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) dirujuk masih segar sehingga ke hari ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah pertamanya, untuk memberikan pendedahan mengenai HIV/AIDS dengan lebih mendalam dalam konteks pengetahuan dan penglibatan fizikal menerusi lawatan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hafifi Jamri,, Norhazlina Hashim,, Izzal Asnira Zolkepli,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11729/1/18029-71664-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11729/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) dirujuk masih segar sehingga ke hari ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah pertamanya, untuk memberikan pendedahan mengenai HIV/AIDS dengan lebih mendalam dalam konteks pengetahuan dan penglibatan fizikal menerusi lawatan ke rumah perlindungan penghidap HIV/AIDS, kedua, untuk mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS, dan ketiga untuk menggalakkan lebih banyak penerimaan masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Pendekatan tindakan penyertaan digunakan bagi kajian ini. Dua kumpulan fokus telah dijalankan. Kumpulan fokus yang pertama adalah sepuluh orang responden yang membuat lawatan ke Komuniti AIDS Pulau Pinang (Community AIDS Service Penang - (CASP)). Mereka ini dipilih berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan. Manakala, satu lagi kumpulan fokus adalah seramai lima orang responden terdiri daripada golongan ODHA yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman dan pengetahuan peserta kajian meningkat selepas lawatan berbanding sebelumnya. Salah faham tentang cara jangkitan HIV/AIDS sebelumnya juga dapat diperbetulkan. Sikap negatif para peserta terhadap ODHA berkurangan selepas lawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan golongan ODHA masih lagi mengalami stigma dan diskriminasi daripada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Secara keseluruhannya, stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap ODHA dapat dikurangkan dengan adanya pendedahan dan pengetahuan mengenai HIV/AIDS. Kajian ini juga sedikit sebanyak berjaya mendidik para belia tentang kepentingan aktiviti kesukarelawanan.