Plasma darah dalam makanan daripada perspektif Islam dan Sains

Makanan dan minuman yang halal dan baik merupakan tuntutan dalam Islam. Pada zaman serba moden ini, timbul kebimbangan terhadap status halal plasma darah yang digunakan secara meluas terutamanya dalam industri makanan. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji kegunaan, kebaikan dan keburukan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,, Nur Asmadayana Hasim,, Rizafizah Othaman,, Mohammad Zaini Yahaya,, Rozida Khalid,, Muhammad Adib Samsudin,, Diani Mardiana Mat Zin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11536/1/15%20Mohd%20Izhar%20Ariff.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11536/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_2017/contentsVol46num10_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makanan dan minuman yang halal dan baik merupakan tuntutan dalam Islam. Pada zaman serba moden ini, timbul kebimbangan terhadap status halal plasma darah yang digunakan secara meluas terutamanya dalam industri makanan. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji kegunaan, kebaikan dan keburukan plasma darah serta pandangan ulama mengenai isu ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan kepustakaan secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa plasma darah mempunyai kemampuan melarut dan pengemulsi yang tinggi, kelikatan yang rendah serta kemampuan untuk membentuk gel yang kuat. Selain itu, plasma darah boleh menambah baik tekstur dan menjadi pengikat dalam penghasilan produk makanan moden. Ia juga merupakan alternatif protein yang murah bagi pengganti lemak dalam penghasilan produk daging rendah lemak. Walau bagaimanapun, kajian mendapati plasma darah mengandungi pelbagai mikroorganisma dan hasilan metabolisme yang berkemungkinan merbahaya akibat daripada toksin dan protein darah. Kini, terdapat pelbagai kaedah pengesanan yang boleh dijalankan untuk mengesan plasma darah dalam makanan bagi menentukan status halal. Terdapat dua pandangan berkenaan hukum penggunaan plasma darah, pandangan pertama bersependapat, penggunaan plasma darah dalam produk makanan adalah harus jika telah berlaku proses istihalah yang sempurna. Manakala pandangan kedua, mengharamkan plasma darah kerana ia adalah proses tidak sempurna (istihalah fasidah). Oleh itu, penentuan hukum terhadap istihalah dalam penghasilan plasma darah mestilah menepati kehendak syariat Islam di samping memastikan hukum berkaitan isu ini tidak ketinggalan zaman.