Wacana simbiosis pembangunan mapan pelbagai dimensi negeri Pahang

Pembangunan dalam era moden difahami berasaskan kadar pertumbuhan fizikal, ekonomi dan kemajuan manusia. Kemerosotan alam sekitar impak daripada pembangunan era moden diperbaiki melalui idea-idea pembangunan mampan (lestari atau sustainable) sama ada mengguna pengetahuan kolonial atau mengambil k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jalaluddin Abdul Malek,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11439/1/14446-39830-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11439/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan dalam era moden difahami berasaskan kadar pertumbuhan fizikal, ekonomi dan kemajuan manusia. Kemerosotan alam sekitar impak daripada pembangunan era moden diperbaiki melalui idea-idea pembangunan mampan (lestari atau sustainable) sama ada mengguna pengetahuan kolonial atau mengambil kira kearifan lokal. Perbincangan ini menyentuh isu pembangunan lestari yang perlu dikembang pemahamannya dan tidak hanya berlingkar dalam hal-hal alam sekitar. Pembangunan mampan sepatutnya mengambil kira semua aspek pembangunan sama ada pembangunan fizikal, ekonomi dan pembangunan manusia. Pembangunan mampan bukan sahaja bertujuan untuk `lestari’ pembangunan fizikal, ekonomi, manusia dan budaya, tetapi seharusnya menuju kepada pembangunan mapan (cita sempurna atau established). Pembangunan mapan boleh sahaja bersifat tesis, anti-tesis dan sintesis di antara sumber ilmu kolonial dengan ilmu kearifan lokal. Menjadi harapan hasil perbincangan ini matlamat utama pembangunan mapan dapat sederap dengan pembangunan mampan sebagaimana yang difahami menurut sintesis antara ilmu kolonial dengan kearifan lokal.