Perniagaan Muhammad SAW era setelah kenabian: sebuah tamadun baharu
Perniagaan Nabi Muhammad SAW berlaku sebelum beliau dilantik menjadi Nabi, adapun setelah menerima wahyu (al-Quran) Baginda tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan aktiviti perniagaan. Sebagai seorang nabi dan juga bekas peniaga berjaya, Muhammad SAW sentiasa menyokong serta mengajarkan ca...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11348/1/21799-62722-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/11348/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perniagaan Nabi Muhammad SAW berlaku sebelum beliau dilantik menjadi Nabi,
adapun setelah menerima wahyu (al-Quran) Baginda tidak lagi memiliki kesempatan
untuk melakukan aktiviti perniagaan. Sebagai seorang nabi dan juga bekas peniaga
berjaya, Muhammad SAW sentiasa menyokong serta mengajarkan cara berniaga yang
baik sesuai syariah kepada para sahabat. Perniagaan yang dijalankan sesuai dengan
arahan Baginda telah membawa para sahabat dan juga umat Islam ketika itu ke
arah kejayaan perniagaan, malahan tidak hanya membawa keuntungan bagi peniaga
sahaja tetapi juga terbukti membawa umat Islam kepada suatu perekonomian yang
maju (economic civil society). Apakah sebenarnya yang diajarkan oleh Muhammad
SAW sehingga menyebabkan umat Islam memperoleh kejayaan dalam perniagaan
dan juga kemajuan ekonomi ketika itu? Di atas maksud tersebut kajian kualitatif
ini dijalankan dan untuk memperoleh hasil kajian yang signifikan maka kajian ini
menggunakan kaedah kepustakaan, pensejarahan dan kaedah tafsir. Hasil kajian merumuskan bahawa Baginda mengajarkan perniagaan sesuai dengan al-Quran dan
al-Hadis. Antara asas-asas perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis ialah asas
tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial, asas kebebasan, asas tanggungjawab,
asas keseimbangan, asas kebenaran dan asas tolong-menolong. Prinsip-prinsip asas
perniagaan sedemikian sebenarnya sesuai untuk diamalkan oleh peniaga Islam
kontemporeri bagi menonjolkan nilai-nilai Islam dalam perniagaan masa kini. |
---|