Teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan Muslim
Teori Maslow mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan. Teori Maslow mengemukakan lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup. Namun begitu, teori ini mempunyai kele...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11344/1/21790-62699-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/11344/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Teori Maslow mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan
manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan. Teori Maslow
mengemukakan lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk
mencapai kesempurnaan hidup. Namun begitu, teori ini mempunyai kelemahan dari
dari sudut ketuhanan, yang mana unsur ketuhanan menjadi unsur paling utama dalam
kehidupan seorang Muslim. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan
teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan Muslim. Kajian ini adalah kajian
kualitatif yang menggunakan metodologi analisa dokumen dan kajian ini tidak
melibatkan sebarang data atau sampel kajian. Hasil kajian menjelaskan lima tahap
keperluan yang dikemukakan oleh teori Maslow mempunyai perkaitannya dengan
kehidupan Muslim dalam mencapai kehidupan yang sempurna akan tetapi dasar
kepada hierarki keperluan seorang Muslim perlu disandarkan kepada Allah SWT
atau unsur ketuhanan. Dalam agama Islam lima tahap yang perlu dilalui oleh seorang Muslim adalah lima tahap dalam maqasid syariah yang bertepatan dengan konsep
kehidupan Muslim yang terbina atas prinsip akidah, akhlak dan syariah. |
---|