Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti

Graduan merupakan imej penting kepada sesebuah universiti. Penyediaan kepada pelajar dengan kualiti akademik dan infrastruktur sokongan yang baik merupakan antara indikator penting pihak universiti untuk merealisasikan pembentukan imej graduan yang berkualiti. Hasilnya, imej ini mewujudkan satu bent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fidlizan Muhammad,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11281/1/22294-64157-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11281/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.11281
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.112812018-01-21T14:43:39Z http://journalarticle.ukm.my/11281/ Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti Fidlizan Muhammad, Graduan merupakan imej penting kepada sesebuah universiti. Penyediaan kepada pelajar dengan kualiti akademik dan infrastruktur sokongan yang baik merupakan antara indikator penting pihak universiti untuk merealisasikan pembentukan imej graduan yang berkualiti. Hasilnya, imej ini mewujudkan satu bentuk hubungan dua hala jangka panjang dalam pelbagai aspek melibatkan sumbangan semula dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Memandangkan sumbangan kewangan dari graduan kepada universiti telah popular dalam kalangan universiti tersohor di dunia, maka kajian ini bertujuan menganalisis kesediaan untuk memberi sumbangan kewangan kepada pihak universiti terutama dalam kalangan graduan baharu setelah memperoleh pekerjaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, instrumen borang soal selidik yang melibatkan 431 orang graduan baharu sebuah universiti awam di Perak yang berkonvokesyen pada tahun 2015 telah dilaksanakan dengan menggunakan analisis regresi logistik. Kajian ini mengkaji lima faktor penting berkaitan universiti iaitu kemudahan, aktiviti pelajar, kualiti akademik, hasil pengajian, pengurusan universiti, dan dua pemboleh ubah kawalan iaitu jantina dan kategori pembiayaan semasa pengajian. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan graduan untuk menyumbang agak rendah. Kebanyakan pemboleh ubah kajian didapati tidak signifikan dengan pemboleh ubah kualiti akademik sahaja mempengaruhi secara positif, manakala pemboleh ubah kategori pembiayaan semasa pengajian dan kemudahan pula mempengaruhi secara negatif. Pengaruh biaya pengajian khususnya menunjukkan komitmen graduan untuk membayar semula hutang lebih diutamakan berbanding memberi sumbangan kepada pihak universiti. Kesimpulan penting daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan graduan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada pihak universiti adalah masih lemah. Untuk merealisasikan konsep sumbangan graduan kepada pihak universiti, faktor kualiti akademik semata-mata tidak mampu mempengaruhi hubungan kesediaan tersebut. Terdapat pelbagai strategi perlu dirancang oleh pihak universiti bagi melahirkan graduan yang bersedia untuk memberi sumbangan semula seperti sifat kepunyaan, kecintaaan kepada universiti dan sebagainya. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017-11 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/11281/1/22294-64157-1-SM.pdf Fidlizan Muhammad, (2017) Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (2). pp. 1-16. ISSN 0126-6020 / 2180-0782 http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Perpustakaan Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Graduan merupakan imej penting kepada sesebuah universiti. Penyediaan kepada pelajar dengan kualiti akademik dan infrastruktur sokongan yang baik merupakan antara indikator penting pihak universiti untuk merealisasikan pembentukan imej graduan yang berkualiti. Hasilnya, imej ini mewujudkan satu bentuk hubungan dua hala jangka panjang dalam pelbagai aspek melibatkan sumbangan semula dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Memandangkan sumbangan kewangan dari graduan kepada universiti telah popular dalam kalangan universiti tersohor di dunia, maka kajian ini bertujuan menganalisis kesediaan untuk memberi sumbangan kewangan kepada pihak universiti terutama dalam kalangan graduan baharu setelah memperoleh pekerjaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, instrumen borang soal selidik yang melibatkan 431 orang graduan baharu sebuah universiti awam di Perak yang berkonvokesyen pada tahun 2015 telah dilaksanakan dengan menggunakan analisis regresi logistik. Kajian ini mengkaji lima faktor penting berkaitan universiti iaitu kemudahan, aktiviti pelajar, kualiti akademik, hasil pengajian, pengurusan universiti, dan dua pemboleh ubah kawalan iaitu jantina dan kategori pembiayaan semasa pengajian. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan graduan untuk menyumbang agak rendah. Kebanyakan pemboleh ubah kajian didapati tidak signifikan dengan pemboleh ubah kualiti akademik sahaja mempengaruhi secara positif, manakala pemboleh ubah kategori pembiayaan semasa pengajian dan kemudahan pula mempengaruhi secara negatif. Pengaruh biaya pengajian khususnya menunjukkan komitmen graduan untuk membayar semula hutang lebih diutamakan berbanding memberi sumbangan kepada pihak universiti. Kesimpulan penting daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan graduan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada pihak universiti adalah masih lemah. Untuk merealisasikan konsep sumbangan graduan kepada pihak universiti, faktor kualiti akademik semata-mata tidak mampu mempengaruhi hubungan kesediaan tersebut. Terdapat pelbagai strategi perlu dirancang oleh pihak universiti bagi melahirkan graduan yang bersedia untuk memberi sumbangan semula seperti sifat kepunyaan, kecintaaan kepada universiti dan sebagainya.
format Article
author Fidlizan Muhammad,
spellingShingle Fidlizan Muhammad,
Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
author_facet Fidlizan Muhammad,
author_sort Fidlizan Muhammad,
title Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
title_short Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
title_full Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
title_fullStr Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
title_full_unstemmed Kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
title_sort kesediaan graduan baharu mendanai pengoperasian universiti
publisher Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2017
url http://journalarticle.ukm.my/11281/1/22294-64157-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11281/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052
_version_ 1643738436266360832
score 13.211869