Kesedaran agama di kalangan belia: kajian di Desa KEDA Sadek, Kupang, Kedah
Kesedaran agama boleh diertikan sebagai tatacara kehidupan beragama seseorang individu muslim. Namun, isu cabaran belia Muslim yang sering kali dikaitkan dengan gejala negatif disebabkan kesedaran agama yang tidak begitu kukuh dan pemahaman agama lemah serta faktor-faktor yang berpengaruh. Kajian in...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11195/1/246-1013-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11195/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/20 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesedaran agama boleh diertikan sebagai tatacara kehidupan beragama seseorang individu muslim. Namun, isu cabaran belia Muslim yang sering kali dikaitkan dengan gejala negatif disebabkan kesedaran agama yang tidak begitu kukuh dan pemahaman agama lemah serta faktor-faktor yang berpengaruh. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti senario permasalahan yang sedang dialami oleh belia muslim di Desa KEDA Sadek, Baling, Kedah dan mencari solusi kepada permasalahan tersebut. Sindrom sosial yang paling kritikal dan sering menjadi tumpuan di desa KEDA ini adalah masalah kepincangan peribadi atau keruntuhan akhlak seperti pengabaian kewajipan solat, pendedahan aurat, pergaualan bebas, salah laku seks, perjudian, melepak, lumba motorsikal dan terlibat dalam kes jenayah seperti bergaduh, mencuri, merogol dan penagihan dadah. Saiz sampel yang terlibat adalah seramai 62 orang respondan terdiri daripada belia-belia KEDA ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian bersepadu dengan menggunakan dua cara bagi mendatangkan hasil kajian yang tepat dan bermutu. Antara bentuk kajian yang akan digunakan ialah kajian lapangan (fieldwork research) dan kajian perpustakaan (arm chair research). Pengumpulan data sebanyak mungkin secara empirikal dan satu set soal selidik digunakan untuk melihat dan menjelaskan bagaimana proses gejala negatif ini tumbuh dan menjadi tabiat di kalangan belia. Tiga perkara asas iaitu iman, Islam dan ihsan yang perlu difahami dan dikuasai bagi menjalin kesedaran agama yang memberi natijah kepada maju mundur generasi Islam. Kombinasi empat elemen bagi membentuk peribadi belia muslim. Empat elemen tersebut ialah ilmu, amal, istiqamah dan ikhlas. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap perkembangan dakwah dalam mencari kaedah yang efektif dan menarik bagi membantu para pendakwah Muslim dalam penyebaran dakwah Islamiah di kalangan belia Muslim di negara Malaysia khususnya. |
---|