Penyerapan akar gigi apeks luaran hasil rawatan ortodontik pada enam dan 12 bulan

Penyerapan akar gigi apeks luaran (PAAL) adalah salah satu kesan negatif semasa rawatan ortodontik selain daripada gigi yang mengalami trauma. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara sejarah trauma dan kejadian PAAL serta membandingkan tahap keterukan PAAL antara gigi trauma dan tan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Hisham Zainal Arifin,, Rus Dina Rus Din,, Zulham Yamamoto,, Ikmal Mohamad Jaafar,, Sahidan Senafi,, Rohaya Megat Abdul Wahab,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11150/1/16%20Shahrul%20Hisham.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11150/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil8_2017/KandunganJilid46Bil8_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyerapan akar gigi apeks luaran (PAAL) adalah salah satu kesan negatif semasa rawatan ortodontik selain daripada gigi yang mengalami trauma. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara sejarah trauma dan kejadian PAAL serta membandingkan tahap keterukan PAAL antara gigi trauma dan tanpa trauma selepas enam dan 12 bulan rawatan ortodontik. Sampel kajian merupakan gigi insisor tengah maksila daripada 23 subjek (8 lelaki dan 15 wanita berumur 12 hingga 26 tahun) dengan 19 mempunyai trauma (tanpa penyerapan akar gigi) dan 27 tanpa trauma. Rawatan ortodontik dilakukan dengan menggunakan dawai arkus NiTi 0.014”, 0.018” dan 0.018” × 0.025” pada enam bulan pertama. Selepas enam bulan, rawatan ortodontik diteruskan dengan menggunakan dawai arkus keluli tahan karat saiz 0.019” × 0.025” sehingga rawatan ortodontik mencapai satu tahun. PAAL gigi diukur melalui imej tomografi berkomputer pancaran-kon (CBCT) yang diambil sebelum (X0), selepas enam bulan (X6) dan selepas 12 bulan (X12) rawatan ortodontik. Penyerapan akar dikira dengan menolak panjang gigi pada X6 dan X12 dengan panjang gigi pada X0. Kejadian PAAL dalam kumpulan trauma dan tanpa trauma masing-masing adalah 89.5% dan 77.8% (penyerapan akar rendah dari 2 mm) selepas enam bulan rawatan ortodontik. Selepas 12 bulan rawatan ortodontik, semua gigi menunjukkan PAAL. Kejadian PAAL antara gigi trauma dan tanpa trauma tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05). Dalam kajian ini, gigi yang mengalami trauma serta tanpa trauma membentuk PAAL pada kadar yang sama selepas enam dan 12 bulan rawatan orthodontik. Oleh itu, adalah selamat untuk melakukan rawatan ortodontik kepada pesakit yang mempunyai sejarah trauma pada gigi.