Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun
Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kat...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10912/1/IMAN-2016-0402-05.pdf http://journalarticle.ukm.my/10912/ http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah
mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu
Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kata bahasa Melayu yang telah diserap
kekal ke dalam kosa kata Kadazandusun, di samping faktor yang mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa.
Sejumlah 300 pelajar daripada empat universiti awam di Malaysia dipilih menjadi sampel kajian. Data kajian diperoleh
daripada tinjauan yang menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa dialek Melayu Sabah lebih kerap
digunakan oleh generasi muda etnik Kadazandusun dalam komunikasi seharian berbanding dengan bahasa ibunda.
Walau bagaimanapun, sikap mereka terhadap dialek tersebut adalah sederhana tinggi. Penyelidik mendapati bahawa
perkataan bahasa Melayu yang telah diserap ke dalam bahasa ibunda oleh sampel merangkumi peralatan, perasaan,
dan objek baharu yang tiada dalam kosa kata Kadazandusun. Selain itu, faktor perubahan penggunaan bahasa dalam
kalangan sampel yang paling dominan merupakan keperluan penggunaan bahasa mengikut peredaran masa. |
---|