Tahap daya tahan dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap daya tahan dan dimensi daya tahan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Aspek dimensi daya tahan meliputi keyakinan diri, disiplin diri, kemampuan diri, kawalan diri dan tekad diri. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10884/1/Artikel-8_Irmohizam-Ibrahim_FPend.pdf http://journalarticle.ukm.my/10884/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap daya tahan dan dimensi daya tahan pelajar IPTA di Malaysia dan di
luar negara. Aspek dimensi daya tahan meliputi keyakinan diri, disiplin diri, kemampuan diri, kawalan diri dan
tekad diri. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan dalam
daya tahan dan dimensi daya tahan berdasarkan beberapa faktor demografi. Aspek demografi yang diliputi terdiri
dari jantina, lokasi institusi, lokasi tempat tinggal dan pendidikan ibubapa. Kedua-dua aspek tinjauan tahap
daya tahan dan mengenalpasti perbezaan ini diperolehi dari data-data yang dikutip melalui soalselidik. Sampel
kajian adalah terdiri daripada pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Sejumlah 520 sampel kajian dipilih
secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan sokongan kaedah kualitatif melalui
kaedah temubual kumpulan fokus bagi menjelaskan lebih mendalam dapatan kajian yang diperolehi daripada
analisis kuantitatif. Ini termasuk menghuraikan lima dimensi yang di ambil dalam tahap daya tahan pelajar.
Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Min skor dimensi daya tahan diukur
dan dibincangkan berdasarkan profail subjek. Ujian-t pula digunakan bagi meninjau perbezaan dalam daya tahan
dan dimensi daya tahan berdasarkan faktor demografi. Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dan dimensi daya
tahan pelajar berada pada tahap yang tinggi kecuali disiplin diri yang berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam daya tahan berdasarkan faktor jantina, lokasi IPT dan pendidikan
ibubapa. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar IPTA mempunyai daya tahan yang lebih tinggi berbanding
dengan pelajar IPT luar negara. Analisi kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus memberi indikasi bahawa
daya tahan dilihat memberi impak kepada kepimpinan pelajar IPT. |
---|