Keberkesanan pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri dalam pengurusan penempatan latihan industri bagi pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Latihan Amali/Industri telah dijalankan sejak sesi 1996/97 pada peringkat fakulti selaras dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin meningkatkan kepelbagaian dalam pengalaman pelajar. Untuk memudahkan pengurusan latihan amali / industri, UKM telah melaksanakan Sistem Latihan Am...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Zul Azri Muhammad Jamil,, Norinsan Kamil Othman,, Irman Abdul Rahman,, Faizal Mohamed,, Zalita Zainuddin,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10880/1/Artikel-4_PM-Dr.Norinsan-Kamil_FST.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10880/
http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan Amali/Industri telah dijalankan sejak sesi 1996/97 pada peringkat fakulti selaras dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin meningkatkan kepelbagaian dalam pengalaman pelajar. Untuk memudahkan pengurusan latihan amali / industri, UKM telah melaksanakan Sistem Latihan Amali / Industri (SLAI) sejak tahun 2011 yang merupakan satu komponen dalam portal Sistem Maklumat Universiti (SMU). Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan SLAI di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) belum pernah dikaji sejak dilaksanakan oleh pihak universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan dan penambahbaikan pelaksanaan SLAI dalam pengurusan penempatan latihan industri pelajar PPFG. Soal selidik diberikan kepada 105 responden yang diberikan kepada pelajar PPFG yang telah terlibat dengan latihan industri. Hasil kajian menunjukkan 87.95% bersetuju bahawa sistem SLAI adalah mesra pengguna dan senang diakses dan 65% bersetuju supaya sistem ini terus digunakan bagi proses permohonan penempatan pelajar-pelajar untuk mejalani latihan industri pada masa akan datang. Ini dapat memberi kesan positif terhadap keyakinan dan keberkesanan SLAI yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat UKM.