Program pembangunan kepimpinan meningkatkan pemindahan latihan dalam Tentera Darat Malaysia: kajian empirikal

Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada para pemimpin tentera darat yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Analisis model laluan Smart...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Azman Ismail,, Noor Azmi Mohd Zainol,, Nursaadatun Nisak Ahmad,
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/10805/1/14162-43013-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10805/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada para pemimpin tentera darat yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah dilaksanakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian dan keputusan pengujian ini menunjukkan tiga penemuan penting; pertama, kandungan kursus mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan latihan. Kedua, peranan jurulatih mempunyai perkaitan yang positif tetapi tidak signifikan dengan pemindahan latihan. Ketiga, sokongan pengurusan mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus dan sokongan pengurusan telah bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan. Sebaliknya, peranan jurulatih tidak berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan di organisasi kajian. Justeru itu, artikel ini turut menghuraikan perbincangan, implikasi dan kesimpulan kajian.