Program pembangunan kepimpinan meningkatkan pemindahan latihan dalam Tentera Darat Malaysia: kajian empirikal
Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada para pemimpin tentera darat yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Analisis model laluan Smart...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10805/1/14162-43013-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10805/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan
pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada para
pemimpin tentera darat yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares
(SmartPLS) telah dilaksanakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian dan keputusan pengujian ini menunjukkan tiga
penemuan penting; pertama, kandungan kursus mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan
latihan. Kedua, peranan jurulatih mempunyai perkaitan yang positif tetapi tidak signifikan dengan pemindahan
latihan. Ketiga, sokongan pengurusan mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan latihan.
Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus dan sokongan pengurusan telah bertindak sebagai pemboleh
ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan. Sebaliknya, peranan jurulatih tidak berupaya bertindak
sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan di organisasi kajian. Justeru itu, artikel
ini turut menghuraikan perbincangan, implikasi dan kesimpulan kajian. |
---|