Kesan program promosi terhadap aktiviti eksport syarikat kecil dan sederhana di Malaysia: satu pendekatan ekonometrik
Kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu aktiviti eksport terutama dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SKS) melalui penganjuran program promosi eksport (PPE) yang komprehensif. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati program promosi eksport di kebanyakan negara membangun mempunyai p...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10791/1/14155-42997-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10791/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu aktiviti eksport terutama dalam kalangan syarikat kecil dan
sederhana (SKS) melalui penganjuran program promosi eksport (PPE) yang komprehensif. Bagaimanapun, kajian lepas
mendapati program promosi eksport di kebanyakan negara membangun mempunyai pelbagai kekangan sehingga gagal
mencapai objektif penganjurannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan PPE terhadap aktiviti eksport
dalam kalangan SKS di Malaysia. Model penilaian ini dibentuk berdasarkan teori tingkah laku terancang (Theory of
Planned Behavior) menggunakan tiga instrumen iaitu kesedaran, persepsi keberkesanan dan kekerapan penggunaan;
serta hubungannya terhadap kecenderungan meneruskan aktiviti eksport. Penilaian telah dibuat terhadap empat program:
kursus/latihan, misi/pameran perdagangan antarabangsa, bantuan kewangan dan insentif cukai, dianalisa menggunakan
kaedah ekonometrik regresi dua peringkat. Keputusan mendapati bahawa kesedaran dan persepsi keberkesanan telah
meningkatkan kekerapan penggunaan semua PPE, tetapi hanya kekerapan penyertaan dalam program kursus/latihan
dan misi/pameran perdagangan antarabangsa sahaja yang menggalakkan SKS meneruskan pengeksportan. Sebaliknya,
bantuan kewangan dan insentif cukai tidak memberi kesan signifikan kepada pengeksport. |
---|