Tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin
Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10762/1/16925-53164-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10762/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka
terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan
kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan metode yang digunakan dalam
pembelajaran. Kajian ini dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu dengan
penglibatan seramai 123 orang pelajar peringkat diploma di Fakulti Kontemporari Islam (FKI) meliputi jabatan yang
berlainan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Data dianalisis secara secara
deskriptif untuk mengenal pasti sistem pengajian hadith dalam kalangan pelajar UniSZA. Nilai kebolehpercayaan
Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik adalah tinggi, iaitu 0.802. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman
dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith ialah sebanyak 4.23 dan min tahap persepsi pelajar terhadap
metodologi pensyarah dalam pengajian hadith ialah sebanyak 4.09. Hasil kajian ini turut menunjukkan pensyarah
menggunakan kepelbagaian metode pengajaran seperti kuliah, tutorial, perbincangan di dalam kelas dan penggunaan
alat bantu mengajar. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, kajian ini
turut mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu. |
---|