Respons fenologi tumbuhan terhadap taburan hujan di Johor menggunakan data indeks tumbuhan satelit MODIS-Aqua

Fenologi tumbuhan menggambarkan fasa kitaran hidup atau aktiviti tumbuhan dan adalah penting untuk memahami interaksinya dengan iklim. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti respons fenologi tumbuhan dan metrik fenologi hutan dipterokarpa, kelapa sawit dan pokok getah menggunakan data indeks tumbuhan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Amirah Audadi Madzen,, Lam, Kuok Choy
格式: Article
語言:English
出版: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
在線閱讀:http://journalarticle.ukm.my/10712/1/09%20Amirah%20Audadi.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10712/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num3_2017/contentsVol46num3_2017.html
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Fenologi tumbuhan menggambarkan fasa kitaran hidup atau aktiviti tumbuhan dan adalah penting untuk memahami interaksinya dengan iklim. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti respons fenologi tumbuhan dan metrik fenologi hutan dipterokarpa, kelapa sawit dan pokok getah menggunakan data indeks tumbuhan Enhanced Vegetation Index (EVI) daripada MODIS-Aqua (produk MYD13Q1) dan purata hujan bulanan sepanjang tahun 2007 dan 2009 di negeri Johor. Pola hujan pada tahun 2007 menunjukkan taburan hujan normal, manakala tahun 2009 mengalami kekurangan hujan sepanjang tempoh sebelas tahun (2000-2010). Hasil mendapati tren EVI hutan dipterokarpa lebih bervariasi pada 2009 dengan nilai EVI antara 0.39-0.64 berbanding tren pada 2007 yang tekal dengan nilai EVI antara 0.33-0.57. Tren fenologi kelapa sawit pada 2007 lebih kerap mengalami turun naik berbanding pada 2009, masing-masing dengan EVI antara 0.45-0.71 dan 0.5-0.74. Corak fenologi pokok getah pada kedua-dua tahun kajian adalah sama dan julat EVI pada 2009 adalah lebih kecil berbanding 2007, masing-masing dengan EVI antara 0.39-0.62 dan 0.30-0.73. Pengaruh masa susulan ke atas tahap kehijauan tumbuhan telah dikesan, khususnya selepas peristiwa hujan lebat dalam dua tahun tersebut dan sedikit sebanyak mempengaruhi nilai korelasi antara pemboleh ubah purata hujan bulanan dengan EVI tumbuh-tumbuhan. Permulaan dan pengakhiran musim pertumbuhan hutan dipterokarpa bagi kedua-dua tahun berlaku dalam bulan yang sama, iaitu Februari (permulaan musim) dan Disember (pengakhiran musim). Tidak wujud perbezaan yang ketara antara panjang musim pertumbuhan kelapa sawit bagi kedua-dua tahun, iaitu hanya 32 hari lebih panjang pada 2007 berbanding 2009. Musim pertumbuhan