Analisis tren bilangan insiden hotspot denggi dengan penubuhan COMBI di Malaysia: kajian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan
Alaf ini, pelbagai penyakit berjangkit telah wujud di seluruh dunia. Kebanyakan penyakit ini adalah merupakan penyakit bawaan nyamuk dan juga berkaitan dengan kebersihan persekitaran kediaman. Penyakit Denggi merupakan penyakit berjangkit bawaan nyamuk Aedes yang telah mengamcam kesihatan serta ke...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10624/1/4.full-norazlin-geo-ogos16.pdf http://journalarticle.ukm.my/10624/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=10&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Alaf ini, pelbagai penyakit berjangkit telah wujud di seluruh dunia. Kebanyakan penyakit ini adalah merupakan
penyakit bawaan nyamuk dan juga berkaitan dengan kebersihan persekitaran kediaman. Penyakit Denggi merupakan
penyakit berjangkit bawaan nyamuk Aedes yang telah mengamcam kesihatan serta kesejahteraan penduduk
Malaysia. Penglibatan total daripada semua individu di dalam sebuah komuniti dilihat sebagai salah satu faktor
penyumbang kepada kejayaan aktiviti pencegahan penyakit denggi khususnya penghapusan kawasan pembiakan
nyamuk AEDES ini. Menggunakan data sekunder daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah di Daerah Seremban
kajian ini menganalisis data penyakit denggi bagi tahun 2010-2015 untuk melihat pertalian antara kadar insiden
hotspot denggi dengan wujud atau tidak wujudnya komunikasi bagi impak tingkahlaku (Communication for
Behavioural Impact, COMBI) di kawasan berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun bilangan hotspot
di kawasan tiada COMBI lebih tinggi, namun tiada hubungan signifikan COMBI merupakan faktor penyumbang
utama kepada pengurangan hotspot denggi. Kesimpulannya, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti
perbezaan amalan pencegahan wabak denggi di kawasan COMBI dan kawasan tiada COMBI. |
---|