Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan di Malaysia: suatu pemerhatian konseptual

Semangat dan aktiviti kesukarelawanan merupakan satu tuntutan dalam kerangka perpaduan nasional bagi sesebuah negara dalam mendepani cabaran mendatang yang semakin mencabar. Matlamat penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci secara konseptual mengenai elemen utama yang mendokong p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Pah Rokiah Syed Hussain,, Lilah Yasin,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10585/1/15x.geografia-jul16-tuanpah%26lilah-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10585/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=9&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semangat dan aktiviti kesukarelawanan merupakan satu tuntutan dalam kerangka perpaduan nasional bagi sesebuah negara dalam mendepani cabaran mendatang yang semakin mencabar. Matlamat penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci secara konseptual mengenai elemen utama yang mendokong penghayatan belia terhadap semangat sukarelawan. Ini kerana semangat kesukarelawanan perlu didorong oleh nilai-nilai budaya, ideologi, prinsip dan tradisi sesuatu bangsa. Sekiranya semangat sukarelawan ini dapat direalisasikan sebagai amalan atau budaya pastinya memberi impak besar dalam kehidupan bermasyarakat. Malah, semangat kesukarelawanan juga memberi implikasi penting terhadap pembinaan negara bangsa yang kuat, maju dan berdaya saing. Tetapi sebaliknya, wujud kebimbangan sekiranya program atau aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan gagal dihayati sepenuhnya oleh golongan belia yang menjadi pencorak kepada sesebuah tamadun negara pada masa hadapan. Sebaliknya menjadikan program berkaitan hanya sebagai saluran berseronok atau mengurangkan kebosanan semata-mata dan untuk mengisi masa lapang mereka tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ini kerana semangat kesukarelawan yang wujud dalam diri seseorang individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan menuntut pergorbanan yang tinggi daripada segi masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu, belia yang bersedia melakukan program berkaitan sukarelawan secara baik adalah dalam kalangan belia yang benar-benar dapat menghayati semangat sukarelawan itu sendiri.