Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial

Perkembangan Internet dan teknologi komunikasi seperti Web 2.0 telah memberi kesan dalam pembangunan pelbagai aplikasi yang lebih bersifat dinamik dan interaktif. Aplikasi-aplikasi yang dibangunkan merancakkan lagi pembentukan masyarakat jaringan, jaringan sosial dan proses komunikasi secara dalam t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azul Mohamad Salleh,, Nurul Madiha Mohd Ilham,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10562/1/17010-49263-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10562/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan Internet dan teknologi komunikasi seperti Web 2.0 telah memberi kesan dalam pembangunan pelbagai aplikasi yang lebih bersifat dinamik dan interaktif. Aplikasi-aplikasi yang dibangunkan merancakkan lagi pembentukan masyarakat jaringan, jaringan sosial dan proses komunikasi secara dalam talian. Sebagai contoh aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter memberi kesan baharu kepada pengguna untuk lebih aktif berinteraksi dengan pelbagai khalayak. Walau bagaimana pun, penggunaan media sosial telah mewujudkan satu fenomena baharu iaitu isu pengawasan. Pengawasan melalui media sosial bukan sahaja membawa kebaikan, malah juga menimbulkan kesan yang negatif. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan pengalaman, kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap isu pengawasan ketika mengguna media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan individu dewasa yang mengguna sekurang-kuranya satu aplikasi media sosial. Hasil kajian mendapati pengguna mempunyai pengalaman, kesedaran serta kefahaman terhadap isu pengawasan ketika mengguna aplikasi media sosial. Selain itu, mereka juga menggunakan aplikasi media sosial untuk mendapat dan mengawasi maklumat yang dikongsi oleh rakan. Majoriti pengguna sedar kepentingan untuk menjaga keselamatan dan privasi maklumat peribadi di media sosial. Kajian ini memberi implikasi terhadap kepentingan memahami pengawasan media sosial, keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika berkongsi melalui Internet.