Daesh: kebangkitan dan pengaruh media sosial
Abad ke 21 menyaksikan video dan media sosial menjadi senjata perangsaraf terbaru kumpulan militan untuk membina pengaruh, pengrekrutan dan mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini. Selain itu, video dan media sosial juga digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadap negara-negara y...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10511/1/16487-46320-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/10511/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abad ke 21 menyaksikan video dan media sosial menjadi senjata perangsaraf terbaru kumpulan
militan untuk membina pengaruh, pengrekrutan dan mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini.
Selain itu, video dan media sosial juga digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman
terhadap negara-negara yang tidak bersetuju dengan kewujudan mereka. Penggunaan video dan
media sosial secara profesional oleh kumpulan militan ini adalah satu fenomena baru. Kesannya,
Malaysia kini di ambang kebimbangkan ekoran ancaman demi ancaman dari kumpulan militan
Asia Tenggara seperti Daesh yang mahir menggunakan teknologi maklumat untuk memenangi
peperangan ideologi. Walaupun keadaan masih terkawal namun langkah keselamatan ketat
sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kajian ini melaporkan bentuk keupayaan
kumpulan militan Daesh dalam melancarkan perangsaraf menggunakan video dan media sosial
ke atas rakyat dan kerajaan Malaysia untuk dua tujuan berbeza iaitu pengaruh dan ancaman.
Walaupun jelas kerajaan menguasai keseluruhan agensi berita dan media arus perdana, namun
penyebaran maklumat dalam bentuk video di media sosial menjadi cabaran baru kepada
Malaysia. Analisis laporan berita terkini menjadi punca rujukan utama yang terkini. Buku dan
jurnal berwasit juga telah digunakan bagi mengukuhkan kredibiliti kandungan. Kesimpulan yang
diperolehi dari kajian ini mendapati Malaysia masih lagi mencari formula, model dan pelan
tindakan yang sesuai bagi membasmi ancaman video Daesh yang bermaharajalela di media
sosial. Kajian juga mendapati akar kepada punca ancaman ini masih belum dapat dipatahkan
oleh agensi bersenjata dan undang-undang sedia ada kerana pusat media yang menghasilkan
video Daesh tidak berada di Malaysia sebaliknya berada di kawasan konflik seperti di Iraq dan
Syria. Akhir sekali, kajian juga mendapati, laporan berita dari media arus perdana yang
menggunakan platform media sosial memainkan peranan sebagai pemangkin tidak langsung
kepada penyebaran ideologi Daesh. |
---|